Wednesday, January 9, 2008

"antara 2008 dan 1429 hijrah"

Assalamualaikum...

Mari lah kita sama renungkan.

Setiap kali menjelang 1 januari setiap
tahun kita pasti dapat melihat suasana
sambutan yang hebat bagi menyambut
tahun baru masehi ini.Sebagai
contoh,menjelang tahun baru 2008 baru-
baru ini,sambutan diserikan dengan
konsert-konsert yang melalaikan...dapat
kita lihat dikaca tv,yang terkinja-
kinja di depan pentas,terlompat-lompat
adalah anak bangsa kita...inikah yang
di banggakan oleh generasi hari ini??
inikah yang dikatakan dunia tanpa
sempadan??maka lalai lah anak bangsa
melayu lebih tepat lagi anak bangsa
islam kita pada malam itu dengan
hiburan kemaksiatan ketika menyambut
tahun baru 2008 tanpa memahami dan
mengerti sejarah sebenar sambutan 01
januari itu sebenarnya.

Kita sering kali lupa,berapa ramai kah
yang mengingati tarikh tahun baru dalam
kalendar Islam walaupun diri telah
mengaku Islam sejak lahir lagi.Bila
erkk tahun baru Islam??nescaya jawapan
yang berupa soalan ini lah yang
terjawab sekiranya soalan tarikh tahun
baru Islam diajukan kepada golongan
yang mengaku Islam.

Menjelang sambutan Awal Muharam 1429
hijrah ini maka sama-sama lah kita
renung betapa jauhnya masyarakat kita
pada hari ini terpesong dari pegangan
dan ajaran Islam.Marilah sama-sama kita
menyambut ketibaan tahun baru Islam ini
dengan sejuta doa dan azam agar agama
kita,keluarga kita,saudara kita dan
diri kita dilindungi dan di rahmati
Allah agar dapat kita semua terus
memperjuangkan Islam...insya Allah...

Wassalam...

No comments: