Sunday, January 20, 2008

""hanya kerana satu nama"

Kesederhanaanmu mencuri hatiku,
Kelembutanmu mencuit perasaanku,
Senyumanmu yang mahal itu telah merawat segala luka dan duka yang telah berparut di hatiku ini.
Lembut tuturmu menyenangkanku,
Kesopananmu mengikat hatiku,
Sikap pendiammu menggamit hatiku untuk terus mendampingimu agar dapat ku curahkan rasa hatiku ini.

Berbulan lamanya ku perhatikan dari satu sudut yang jauh,
Hendak ku hampiri tidak ku berdaya,
Melihat bunga yang mekar namun bimbang untuk ku memetiknya,
Bimbang bunga idaman adalah bunga larangan.

Tanggal 18 febuari 2006 ku gagahi jua diri ini,
Ke tepikan segala kenegetivan perasaanku ini,
Lalu ku menyapa dirimu dengan penuh harap,
Agar salam perkenalanku ini bersambut.

Dari detik itu kita semakin rapat,
Diri ini begitu senang denganmu,
Terubat segala kenangan pahit,
Hilang segala parut luka semalam.

Dirimu telah merubah segalanya untukku,
Aku begitu mudah untuk jatuh cinta padamu,
Tanpa berselindung telah ku luahkan segalanya,
Perasaan cinta,sayang dan rindu yang terbuku di hati ini.

Hanya kerana satu nama diri ini kembali menyintai,
Hanya kerana satu nama hati ini kembali menyanyangi,
Hanya kerana satu nama jiwa ini kembali merindui,
Dan hanya kerana satu nama segalanya indah bagiku…

Dan kerana pemilik nama itu membuat cinta ini berputik,
dan diri ini terlalu ikhlas mencintai,menyanyangi dan merindui,
dan hanya satu nama bertahta selamanya di hati ini,
dan hanya kerana satu nama…

nordilla…cinta hatiku sayang…

No comments: