Sesungguhnya apabila seseorang itu
berfikir dan meneliti kejadian alam
ini maka ia dapat petunjuk bahawa
Allah s.w.t yang telah menjadikannya.
1. Melihat sesuatu kejadian yang ada
disekeliling kita seperti kerusi atau
meja dan sebagainya maka kita dapati
kerusi atau meja tersebut tidak boleh
ada dengan sendirinya melainkan ada
yang membuatnya dan yang mengadakannya.
Maka dengan itu kita beri’tiqad dan
percaya alam ini tidak boleh ada
dengan sendirinya melainkan ada yang
menjadikan dan menciptakannya tentulah
Allah s.w.t yang Maha Pencipta.
2. Kita meneliti dan mengkaji dengan
lebih jauh lagi akan perbuatan-
perbuatan orang yang membuat kerusi
atau meja ada yang berbagai bentuk dan
rupa, yang mana mereka sentiasa
membuat dan mengukir kerusi atau meja
tadi dengan lebih baik dan lebih halus
lagi ukirannya tetapi tidak pernah
lengkap dan sempurna.
Maka itu kelemahan dan kekurangan
manusia yang mengikut kadar dan ilmu
serta kekuatan yang dianugerahkan oleh
Allah Ta'ala. Maka kita menyedari
bahawa Allah Ta’ala adalah Maha
Sempurna di dalam mencipta kejadian
alam ini.
3. Kita melihat akan kejadian langit
dan bumi ini dan alam cekerawala ini
daripada manusia, bulan, matahari,
haiwan, tumbuh-tumbuhan yang mana
setiap jenis dijadikan dengan cukup
lengkap dan sempurna. Contohnya
manusia yang dijadikan adalah sebaik-
baik kejadian iaitu: berakal,
bertutur, mendengar dan lain-lain
sifat lagi.
Dan apabila kita perhatikan alam
cekerawala seperti bumi, langit,
bulan, matahari dan lain-lain yang
mana semuanya dicipta untuk manafaat
dan keperluan semua makhluk yang mana
semua itu melemahkan akal para cerdik
pandai memikirkan segala kejadian
tersebut yang tiada tolok bandingnya.
Maka nyatalah di sini bahawa
penciptanya mempunyai kuasa yang Maha
Sempurna, Ilmu yang Maha luas dan
bersifat dengan segala sifat
kesempurnaan yang Maha Suci dari
segala sifat kekurangan.
Sesungguhnya dari Kaedah Syar’iyyah
dan berita para Nabi bahawa yang
menjadikan alam ini ialah Allah s.w.t
kerana segala perbuatanNya menunjukkan
bekas bagi segala sifat yang Maha Suci
dan tidaklah makhluk dapat mengetahui
hakikatnya kerana segala makhluk
ciptaanNya sentiasa bersifat lemah dan
mempunyai segala kekurangan.
Rujukan : ( Kitab Risalah Tauhid –
Abdul Ghani Yahya )
Friday, January 11, 2008
"Kejadian Alam"
Posted by
farid paduka
at
Friday, January 11, 2008
Labels: "renungan bersama"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment