Monday, January 21, 2008

"kehijauan..."



dalam tekanan yang memuncak sendiri aku melewati jalan jalan perkampungan...memerhati disekeliling...menikmati keindahan alam semulajadi..hutan dara yang menghijau mendamaikan fikiran...menghilangkan sedikit tekanan yang membebani minda sedar dan separuh sedarku ini...

kehijauan alam ini sungguh indah...sejuk mata memandang...menjadi sumber inspirasiku...berkarya dan meluahkan segala ilhamku...dari mata turun ke hati..dari sudut hatiku maka lahirlah sebuah luahan dari hujung penaku ini...

dan kerana kehijauan alam ini mata penaku kembali melahirkan sesuatu...menyambung segala yang tertangguh dek peredaran masa dan ketika...dan kehijauan itulah membuat aku kagum tentang alam ciptaan tuhan ini...ohh tuhan..bertapa sempurnanya ciptaanMu untuk setiap insan di dunia ini...

dan kerana kehijauan yang aku saksikan tadi..minda sedar dan separuh sedar ku ini kembali tenang..tiada lagi gelodak yang menghimpit setiap rongga pemikiranku ini...dan kerana itu aku terlalu menghargai setiap kehijauan alam ini...

No comments: