Friday, February 22, 2008

"Luka Membahagiakan..."

Oleh :Farid Paduka

Pernah seketika kau guris hatiku,
Mengakhiri sebuah perhubungan,
Kesucian dan keikhlasan terbang bagaikan debu,
Terseksa aku terputus sudah sebuah percintaan,

Dalam keterpaksaan aku melangkah jauh,
Membawa hati yang sedang luluh,
Berderai tangis mengenang istana yang roboh,
Mungkin kah akan kembali terjalin jodoh,

Ku cuba memujuk dirimu kembali,
Membina kembali ikatan yang sudah roboh,
Menyemai kasih yang hampir mati,
Mendakap semula cahaya sinar kasih,

Namun harapan tinggal harapan,
Keputusan nekad kau putuskan,
Bertahun rupanya kan tak bahagia,
Hanya sekadar menjaga perasaanku sahaja,

Hancur berkecai jiwaku meruntun,
Luahanmu itu membunuh hatiku ini,
Kemana lagi hendakku memohon,
Agar kau kembalikan kebahagianku ini,

Jiwa terluka ku bawanya pergi,
Menjauhkan diri dari duniawi ini,
Mencuba untuk ubati sendiri,
Walau pedihnya tak terperi,

Berpurnama lukaku kian pulih,
Walau begitu parutnya masih memutih,
Pintu hati sudah terkunci sememangnya pasti,
Sampai bila ku pun belum pasti,

Perlahan-lahan kau kulupakan,
Syukur aku tidak membunuh diri,
Membuat tindakan yang menjijikan,
Allah masih sayangkan diriku ini,

Pertemuan tak diduga berlaku kini,
Cinta pandang pertama kembali berputik,
Tiap kebetulan membuahkan cinta abadi,
Singkat pertemuan membuahkan kasih,
Lantas ku luahkan cintaku padanya,
Bimbang luka lama kembali berdarah,
Kasih disahut cinta diterima,

Mungkin jodohku memang dengannya,
Tuhan permudah segala kehendak,
Ku sunting bunga dilaman keluarga,
Pinangan diterima hati melonjak,

Kini dalam menanti hari bersejarah,
Sesekali teringat sejarah lama,
Rakan-rakan dan sahabat lama,
Zaman kerja zaman sekolah,

Dikesempatan ini aku berterus-terang,
Walau luka dulu kau guriskan,
Namun tiada sedikit dendam aku pada dirimu,
Maaf dan ampun andai pernah lukakanmu,

Anggaplah aku sahabat duniamu,
Yang berlaku sudahpun berlaku,
Terima kasih kerana melukakanku dulu,
Kerana ia memberi aku kebahagiaan,
Aku tak mungkin mengecap bahagia,
Jika tiada tikaman yang melukakan,
Kini aku bersyukur pada tuhan,
Keperitan lalu cukup mematangkan ku....

Moga berbahagia sahabatku....

No comments: