Saturday, February 23, 2008

"15 MAKSIAT YANG MENURUNKAN BALA"

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a.
rasulullah saw bersabda :”Apabila umat
ku telah membuat lima belas perkara,
maka bala pasti akan turun kepada
mereka iaitu :

1. Apabila harta negara hanya beredar
pada orang-orang tertentu
2. Apabila amanah dijadikan suatu
sumber keuntungan
3. Zakat dijadikan hutang
4. Suami memperturutkan kehendak
isteri
5. Anak derhaka terhadap ibunya;
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan
kawannya
7. Ia suka menjauhkan diri daripada
ayahnya
8. Suara sudah ditinggikan di dalam
masjid
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah
orang yang terhina di kalangan mereka
10. Seseorang dimuliakan kerana
ditakuti kejahatannya
11. Khamar (arak) sudah diminum di
merata tempat
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh
kaum lelaki)
13. Para artis-artis disanjung-sanjung
14. Muzik banyak dimainkan
15. Generasi akhir umat ini melaknat
(menyalahkan) generasi pertama
(sahabat)

Maka pada ketika itu hendaklah mereka
menanti angin merah atau gempa bumi
atau pun mereka akan dirobah menjadi
makhluk lain.” (Hadith riwayat
Tirmizi)

Keterangan :

Dunia pada hari ini telah membuat
segala apa yang telah disabdakan
Rasulullah saw ini, cuma mungkin belum
sampai ke peringkat akhir.

Kitab rujukan : 40 Hadith Peristiwa
Akhir Zaman (Abu Ali Al-Banjari An-
Nadwi) terbitan Khazanah Banjariah

No comments: