Friday, March 14, 2008

"blog ini wujud adalah kerana..."

Assalamualaikum...
Penulis mengucapkan salam sejahtera kepada semua membaca blog farid paduka ini.Setelah lama tidak berkesempatan untuk menulis dengan idea sendiri kerana terikat dan diikat dengan rutin harian yang memang sediakalanya sibuk.Biasalah mencari rezeki...rezeki tidak akan datang kalau hanya duduk berdiam diri.

Kepada yang baru kali pertama ‘tersesat’ di blog ini penulis mengucapkan selamat datang ke blog yang tidak seberapa lagi banyak kelemahan ini.Kalau ada komen yang membina dan idea-idea yang boleh memajukan lagi blo ini sila emailkan terus kepada farid_paduka@yahoo.com atau tinggalkan sahaja di setiap topik yang di post kan di blog ini.

Terus terang penulis katakan blog ini diwujudkan pada awalnya untuk suka-suka diatas minat penulis menulis tentang apa sebarang isu atau perkara pun.Bermula daripada sekadar suka-suka penulis dapat rasakan penulis dapat memajukan lagi bakat penulisan penulis dengan mengetengahkan lagi penulisan isu semasa untuk dikongsikan bersama pembaca.Penulis dahulunya pernah bercita-cita untuk menjadi penulis ataupun wartawan,namun kerana dipukul oleh gelombang maka penulis berada di bidang kerjaya sekarang ini.

Penulis sememangnya meminati bidang penulisan dan pernah menulis beberapa cerpen dan dihantar ke akhbar-akhbar dan majalah semasa di zaman persekolahan dahulu(sekitar tahun 90an).Kini penulis dalam menyiapkan sebuah hasil tulisan yang berbentuk sebuah novel.Namun penulis masih baru dan masih merangkak dalam bidang penulisan ini,jadi komen dan idea-idea berguna amat diperlukan daripada pembaca yang dihormati sekalian.Dari email yang penulis terima,ramai yang mencadangkan bahawa penulis agar lebih berani menghasilkan tulisan sendiri didalam blog ini disamping menyelitkan sedikit posting dari rakan-rakan blogger yang lain.Ini kerana bila sesuatu isu dan topik disentuh oleh penulis sendiri,ianya dapat mengasah kemahiran mengolah sesuatu bahan itu menjadi menarik dan ianya begitu sesuai bagi menjadi seorang novelis yang sememangnya memerlukan skill mengolah sesuatu bahan atau topik agar menjadi sebuah novel yang ummppphhhh!!!!

Dikesempatan ini penulis memohon jasa baik pembaca yang mungkin terdiri dari blogger-blogger ataupun penulis sudilah kiranya memberikan serba sedikit tunjuk ajar pada penulis yang masih baru dalam bidang penulisan cyber ini.Segala teguran dan tunjuk ajar amat penulis hargai.

Sekian,terima kasih...

Farid paduka (14/03/2008)

No comments: