Friday, March 14, 2008

"Kisah Cinta Tiga Segi,Realiti atau Fantasi"


(lirik lagu)
"Bertahun sudah ku menunggu dirimu
Akhirnya kau menjadi milikku
Sukarnya untukku melupakanmu
Kerna kau ku cintai selalu

Tapi sayang kehadiran kekasih lamamu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diriku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat terperangkap di tengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Tapi sayang kehadiran kekasih lamamu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diriku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat terperangkap di tengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Andai kau pinta untuk melepaskanmu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran

Di dalam percintaan..."




Malam kelmarin penulis menerima sms daripada seorang kenalan yang meminta penulis membuka satu link blog untuk mendengar sebuah lagu yang begitu sedih baginya bila dihayati dengan sepenuh hati bersama cerita disebaliknya.

Penulis hanya berkesempatan membuka link web blog tersebut iaitu www.justkhai.com untuk mencari lagu yang dimaksudkan pada petang semalam malah sempat juga men’download’ lagu yang dimaksudkan ini.Kali pertama penulis mendengar lagu ini yang bertajuk “cinta tiga segi”ini,ianya hanya biasa saja,namun bila diulangi untuk kali kedua,ianya seakan terbit rasa ingin mendengar dan terus mendengarnya berulang kali.Dan bila membaca kisah disebalik lagu ini,yang mana ‘kononnya’ ianya dinyanyikan oleh seorang banduan sebagai permintaan terakhirnya sebelum menemui ajalnya di tali gantung atas kesalahan membunuh bekas teman lelaki tunangnya.Penyanyi lagu ini yang dikatakan bernama Hazwan telah didapati bersalah kerana membunuh dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Hazwan dikatakan bertindak sedemikian adalah kerana marah dan kecewa dengan tindakan tunangnya memutuskan pertunangan seminggu sebelum majlis perkahwinan mereka kerana ingin kembali kepada kekasih lamanya.Oleh kerana terlalu marah dan perasaan marahnya tidak dapat terkawal lagi Hazwan mengambil keputusan membunuh bekas teman lelaki tunangnya itu.Namun begitu wujud pertikaian tentang kesahihan cerita ini yang sebenarnya kerana terdapat beberapa versi kisah ini hingga menimbulkan beberapa persoalan yang memerlukan penjelasan jika mahu dibuktikan kesahihan cerita ini.Bukan hanya timbul pertikaian,malah wujud versi yang berbeza seperti dapat dilihat dari komen pembaca di www.justkhai.com serta beberapa web blog yang lain yang menyiar dan memperdengarkan lagu ini kepada pembaca.pertikaian juga dapat dilihat di youtube dan imeem tentang keaslian cerita disebalik lagu ini.

Disini penulis mengambil kesempatan untuk menyiarkan salah satu versi cerita tentang lagu ini yang dipetik dari web blog www.justkhai.com untuk pembaca menyelami isu ini dengan lebih dekat.



"Arwah Hazwan ni bercinta dengan seorang gadis. Sedang asyik mereka bercinta, Ex-boyfriend gadis tersebut telah merayu untuk kembali kepada gadis tu. Si gadis ni jadi serba-salah and of coz, dah tentu dia masih ada rasa sayang pada ex-boyfriend dia tu. So si gadis ni buat keputusan untuk memilih lelaki tersebut dan meninggalkan Hazwan. Dek kerana rasa frust (ini dinamakan cinta sejati), Hazwan sanggup membunuh lelaki tersebut dan satu lagi fakta yang Khai jumpa, dia turut membunuh ex-girlfriend dia tu. How sad. Sanggup membunuh kerana cinta. How damn’nya menjadi seorang gadis yang buta menilai cinta seorang lelaki. Ya, Cinta sejati seorang lelaki. Lelaki yang sebenar. Hazwan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Semasa di penjara, sehari sebelum dia digantung, pegawai penjara bertanya ape permintaan terakhir Hazwan sebelum mati. Hazwan hanya mahukan sebuah gitar dan pita rakaman untuk merakamkan lagu ni dan dia suruh pegawai penjara tu untuk sebarkan lagu ni. Ada lagi fakta yang kata kawan-kawan Hazwan yang datang ke penjara untuk merakamkan lagu ni. Allahualam. Apa pun, semoga Allayarham Hazwan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Jikalau’lah gadis itu masih hidup (jika fakta tu salah), Khai nak dia tahu yang dialah insan paling zalim dalam dunia ni. Tolonglah, hargailah cinta seorang lelaki."-sumber:-www.justkhai.com




Setelah membaca pelbagai versi cerita tentang lagu ini,penulis menyimpulkan bahawa tidak kisah lah kesahihan cerita ini terbukti atau pun tidak,namun tahniah penulis ucapkan kepada blog seperti www.justkhai.com dan lain-lain kerana berjaya membuka satu wardah ataupun satu komponen nasihat iaitu melalui lagu.Tidak kisah lah cerita ini benar ataupun tidak tapi para pembaca khususnya remaja dinasihatkan agar tidak terlalu mengikut hati dan perasaan apabila bercinta kerana buruk padahnya.Andai cerita ini benar,al-fatihah kita sedekahkan kepada arwah Hazwan,dan salam takziah kepada keluarganya.Dan jika ianya bukan cerita benar,fikirlah secara positif,ambillah cerita dan kisah ini sebagai teladan.Kerana ramai orang telah menjadi korban bila terlalu mengikut hati dan perasaan bila bercinta.Bercinta lah berpada-pada,tinggalkan sedikit rasa benci bila menyintai seseorang agar kita tidak terlalu kecewa dan membenci apabila kecundang didalam cinta.Begitu juga bila kita membenci seseorang,tinggalkan sedikit rasa cinta kita kepadanya.Kepada remaja-remaja ketahuilah,cinta itu tidak salah,yang salah ialah cara kita menyemai,membaja dan membajak cinta itu sendiri sebenarnya yang kadangkala membuat cinta itu dijangkiti ulat,buruk,busuk dan mati.Maaf,penulis bukan lah seorang pakar dalam bidang ini untuk menghuraikan satu persatu mengenai cinta sebenarnya.Namun yang pasti,cinta yang abadi ialah cinta kepada Ilahi kerana itu sememangnya cinta dunia dan akhirat.

Berbalik kepada isu asal iaitu lagu ‘cinta 3 segi’ ini,ianya memang sedap didengar.Walau siapa pun penyanyi asal lagu ini,walau siapa pun pencipta lagu ini,kredit penulis berikan kerana lagu ini sememangnya ‘berhantu’ apabila didengar lebih dari sekali.Liriknya juga bersesuaian dengan irama dan tempo lagu.Walau dalam realiti ataupun fantasi namun yang pastinya ramai pembaca mungkin bersetuju dengan penulis,bahawa jalan cerita yang wujud sebalik kemunculan lagu ini jika difilemkan nescaya akan mendapat fedback yang menggalakan dari penggemar filem.Itu Cuma pendapat penulis...

Wassalam...

Farid paduka (14/03/2008)

1 comment:

Anonymous said...

Hi kak,

Perkenalkan saya merlyn dari situs HL8 ingin menawarkan kerjasama dalam bentuk program affiliasi dimana anda bisa mendapatkan keuntungan komisi 40% flat dari kami setiap bulannya, Apabila anda tertarik silahkan hubungi kami di affiliate[a]hl8asia .com atau fb saya.

Terima kasih atas perhatiannya

merlyn